Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah

Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah
Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah

Saturday, November 27, 2010

Salam wa Rahmah

Setelah lama xmenjenguk blogku nie...akhirnya hati aku tergerak utk buka dan 'share something' dgn anda smua yg melawat blog kerdilku nie.. Semakin hari kita telah dikejutkan oleh pelbagai peristiwa dan berita yg mengemparkan di srata dunia, adakah nie smua pertanda bahawa kita semakin hampir ke penghujungnya berada di atas bumi Allah SWT yg sementara nie... Apa yg mengecewakan, saban hari umat Islam di srata dunia semakin lemah dan sudah ada yg semakin ditindas oleh mereka yg berasa merekalah kuasa dunia pada hari nie...

Paling menyedihkan, apabila kita saudara kita di Palestin yg smakin dihimpit oleh cengkaman kuku besi zionist yg semakin biadap dan xberperikemanusiaan..Tapi apa yg dilakukan oleh negara Islam yg berjiran dgn Palestin?

Bukan saja bantuan disekat, malah ada negara yg bersekongkol dgn Israel memusnahkan terowong yg menjadi nadi kehidupan bg rakyat Palestin..Bagi negara kecil macam Malaysia, kerajaan hanya berupaya menghantarkan bantahan melalui memorandum atau suara dlm mengutuk tindakan biadap tentera Israel membunuh dan menyiksa rakyat Palestin yg merupakan penduduk asal wilayah tersebut..

Sebagai rakyat awam yg hanya memerhati keadaan yg berlaku di sana, propaganda barat seolah-olah ingin melihat umat Islam berpecah belah.. Dengan isu Syiah-Sunni yg berlarutan di negara teluk spt Iraq dan Iran...Arab Saudi hanya mendiamkan diri seolah membiarkan saja perkara nie berlaku sehingga mengorbankan ribuan nyawa..

Hadis Ibnu Umar r.a:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda dalam keadaan baginda menghadap ke arah timur: Sesungguhnya fitnah akan muncul di sebelah sana, sesungguhnya fitnah akan muncul di sana yang mana akan muncul dua tanduk syaitan.

Hadis Nabi di atas jelas menunjukkan akan terjadinya fitnah di wilayah yg mana dikuasai oleh kerajaan Arab Saudi..